Tuesday, 2 December 2014
Saturday, 1 November 2014
PROMOSI NOVEMBER 2014 - RICE DISPENCER
Apa yang membuatkan Rice
Dispencer Tupperware ni best sangat??? Sebabnya....
- Bentuknya sgt unik dan boleh diletak dimana sahaja di ruangan dapur walaupun dapur kecik..
- Berkonsepkan "First in - First Out" - beras yang paling bawah akan di ambil dulu sehingga susut sedikit demi sedikit...oleh itu beras yang paling bawah tidak akan menjadi bubuk @ rosak
- Semut atau serangga xboleh masuk sbb ada 2 lapisan yang di buat kemas dari getah yang berkualiti tinggi
- Beras yg kita ambil xkan berterabur/ bersepah-sepah...
- Sekali tarik sama dengan 150g atau satu cawan beras/ satu pot beras
- Disediakan cermin untuk tengok kuantiti beras yang tinggal.
- Material warna merah pada bekas beras ini adalah dari bahan getah yang berkualiti..
- Yang paling best sekali.. bekas ni boleh muat 10.5 kilo...so xder la baki2 beras yg kena letak kat luar lg..... memang hebat!!
So..
untuk kempen bulan ni bermula dari 1 -30 November 2014 ..Diskaun 30% dengan
pembelian RD ke-2 + FREE GIFT Blossom
Microwaveable Plates (4) .
Harga Rice Dispencer seunit = RM 295.00
Harga Rice Dispencer 2nd unit = RM 295 – 30% = RM 199.00
Total Rice Dispencer @ 2 unit = RM 295.00 + RM 199.00 = RM 494.00
Percuma Blossom Microwaveable Plates (4)
Jika
anda beli 2 unit, Anda boleh dapat keuntungan tambahan lg jika jual seunit
kepada rakan @ saudara anda.. Menarik bukan….
RD
adalah sangat tinggi permintaanya pd masa kini ditambah dgn FREE GIFT dan anda
perlu bertindak segera untuk mengelakkan kehabisan stok..
Jom sertai saya di Tupperware HQ.. Kita tambah pendapatan bersama-sama...
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya Tupperware HQ di tupperwarehq@gmail.com atau sms/whatsapp ke 018-3717802
Jom sertai saya di Tupperware HQ.. Kita tambah pendapatan bersama-sama...
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya Tupperware HQ di tupperwarehq@gmail.com atau sms/whatsapp ke 018-3717802
PENAPIS AIR - Nano Filter Tupperware
10 Sebab Kenapa Perlu Pilih Nano Filter Tupperware;
Teknologi nano-Ceram yang DIPATENKAN berkesan untuk menyingkirkan sehingga 99.99% virus dan 99.9999% bakteria.
Penapis Blok Karbon teraktif yang berketumpatan tinggi dalam menyingkirkan 158 bahan tercemar dalam air.
Sistem penapis air yang mencatatkan kadar aliran tertinggi di pasaran.
Mineral dalam air dikekalkan.
Air yang diperkayakan dengan 19 jenis mineral dan dialkali untuk kesihatan yang optimum.
Mudah Alih - Mudah dibawa ke mana saja bagi memastikan air yang bersih dan padat dengan mineral untuk keluarga.
Tidak perlukan elektrik.
Bentuk penapisan yg kompak dan sempurna
Maintenance-free. Tanpa pembersihan berkala.
Komponen penapis telah diuji dan disahkan oleh NSF dan WQA..
BAGAIMANA IA BEROPERASI?
Apakah langkah-langkah penyelenggaraan untuk sistem ini?
Anda hanya perlu menukar kartrij penapis setahun sekali atau
setelah penapisan 5000 liter air, mengikut mana yang terdahulu. Untuk
memperoleh manfaat optimum, anda disyorkan untuk menggantikan Blok
Penambah Mineral setiap 6 bulan. |
|
||
Adakah penyelenggaraan berkala perlu dijalankan?
Unit ini serba lengkap dengan bilangan komponen yang sedikit. Sekiranya kartrij ditukar tepat pada masanya, seperti yang dinyatakan pada panel LED, maka penyelenggaraan yang lain tidak perlu dijalankan. |
|||
Berapa lamakah bateri mampu bertahan?
Bateri telah diuji dan terbukti mampu berfungsi sehingga tamatnya jangka hayat kartrij. Bagaimanapun, anda disyorkan untuk menukar bateri ketika penapis karbon ditukar bagi mengelakkan bateri daripada kehabisan tenaga sebelum tamatnya jangka hayat kartrij berikutnya. |
|||
Adakah jaminan diberi dan berapa lamakah tempoh jaminan?
Tempoh jaminan selama satu tahun diberi bermula dari tarikh pembelian dari Pusat Perniagaan Tupperware Brands. |
|||
Adakah komponen Sistem Nano Nature boleh didapati dengan mudah?
Ya, kebanyakan komponennya boleh didapati dengan mudah. Anda boleh berhubung dengan Pusat Perniagaan Tupperware Brands atau layari www.tupperwarebrands.com.my untuk mengetahui ketersediaan produk. |
|||
Adakah ia bersesuaian dengan semua jenis kepala paip?
Ia boleh dipasang pada kebanyakan kepala paip biasa, melainkan muncung kepala paip berbentuk segi empat. |
Tuesday, 14 October 2014
Monday, 13 October 2014
Sunday, 12 October 2014
Tuesday, 23 September 2014
BOTOL SUSU BEBAS BPA
Istilah BPA adalah Bisphenol A, bahan kimia yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar. Manakala Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi.
Ibu2 mest setiap hari membasuh botol susu ank dan rendam botol susu dan puting susu dengan air panas bertujuan untuk menghapuskan kuman kan....Bagi botol susu yang mengandungi BPA..botol tersebut tak boleh dipanaskan secara terus atau terkena air panas kerana bhn kimia tersebut akan bertindak balas....lagi teruk jika botol tersebut calar...
Apa kesan menggunakan botol susu BPA pada ank kita? Kalau nk diceritakan mmg byk kesan merbahaya kepada kesihatan..jom tengok senarai di bwh
Berikut adalah kesan buruk BPA:
- Mengganggu gugat perkembangan otak dan perubahan tingkah laku kepada janin dan bayi yang baru lahir
- Memberi kesan buruk kepada kelenjar prostat janin, bayi dan juga kanak-kanak
- Memberi kesan buruk kepada kelenjar susu janin, bayi dan kanak-kanak perempuan
- Masalah kegemukan atau obesiti
- Kecacatan pada bayi baru lahir
- Menambahkan risiko kematian bayi
- Pengurangan berat badan bayi dan kecacatan kepada keturunan seterusnya
Menambahkan risiko mendapat kanser dan sakit jantung - Beri kesan kepada kelenjar tiroid serta sistem reproduktif
Ibu2 juga mesti memberi perhatian pada label2 di bawah botolsusu sebelum membeli..
label 7 menunjukkan botol susu mengandungi BPA
BAHAN KIMIA PADA BOTOL PLASTIK
RAHSIA DI SEBALIK PENGGUNAAN NOMBOR KOD PADA BOTOL PLASTIK
Adakah
anda pernah meminum air dari botol plastik dan melihat simbol segitiga
di bahagian bawah dengan lebih terperinci? Adakah anda tahu apa gunanya
nombor yang tercatat padanya? Adakah anda rasa bahawa ia hanya untuk
kitar semula? Jika anda menjawab ya, ia menandakan anda adalah SALAH! Sebenarnya kegunaan bilangan nombor tersebut adalah sebagai satu indikator kepada kita dalam memberitahu BAHAN KIMIA apakah yang digunakan dalam menghasilkan botol plastik tersebut. Kod nombor
pada simbol ini bukannya menunjukkan lebih besar nombornya, lebih tahan
lama bekas tersebut, sebaliknya ia menunjukkan jenis bahan yang diguna
(dari unsur Polymer iaitu bi-produk dari bahan Petroleum).
Ini bermakna
bahan plastik yang terkandung di dalam bekas tersebut telah terhakis
dan masuk ke dalam makanan/minuman tersebut. Ia dikeluarkan oleh The Society of Plastic Industry
pada tahun 1988 di US. Dan seterusnya kod-kod ini digunapakai oleh
badan-badan yang berkaitan seperti ISO. Mari kita kenali jenis-jenis
plastik yang dihasilkan dan digunakan secara meluas di seluruh dunia.
Resin Identification Symbol System (SPI)
Untuk
memudahkan dokumentasi sampah yang betul terhadap jenis-jenis plastik
botol dan bekas yang biasa dijumpai dalam longkang dan parit di sekitar
kediaman untuk tujuan kitar semula, Sistem Simbol Pengenalan Resin SPI, juga dikenali sebagai bahan bekas sistem pengekodan telah dicipta oleh Persatuan Industri Plastik atau Society of the Plastics Industry (SPI) pada tahun 1988. Pada masa itu, majoriti besar bungkusan plastik dibuat dengan salah satu daripada enam bahan berikut : Polyethylene Terephthalate (PET atau PETE), High density uretana (HDPE), Vinyl (Polyvinyl Chloride atau PVC), Polyethylene berketumpatan rendah (LDPE), Polypropylene ( PP), atau polistirena (PS). (Sila rujuk gambarajah di bawah)
Berdasarkan kepada SPI, terdapat enam jenis plastik
yang digunakan secara meluas di pasaran Malaysia. Ia telah diberikan
nombor khas dari 1 ke 6 sebagai sistem pelabelan sukarela yang seragam
untuk seluruh negara dan peringkat antarabangsa. Namun begitu, terdapat
satu kod SPI berkod nombor 7 yang dikenali sebagai “7-OTHERS” telah dilabelkan untuk apa-apa
bahan plastik yang diperbuat selain daripada enam jenis bahan
palstik biasa atau diperbuat lebih daripada satu plastik yang digunakan
secara kombinasi. Senario ini berlaku ekoran daripada
perkembangan industri plastik di mana banyak jenis-jenis bahan plastik
baru telah muncul di pasaran dunia.
Jenis-Jenis Bahan Plastik
Setelah kita mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan Resin Identification Symbol System (SPI) secara sepintas lalu. Maka di sini ingin saya menerangkan serba sedikit jenis-jenis bahan plastik
yang digunakan bagi tujuan rujukan dan makluman bersama. Bersama ini
diterangkan jenis-jenis bahan plastik dan kesan terhadap manusia.
Kod No. 1 – Polyethylene Terephthalate (PETE atau PET)
Simbol ini biasanya diklasifikasikan untuk botol yang jernih seperti botol air mineral. Penggunaannya disarankan hanya sekali pakai sahaja
kerana jika terlalu kerap digunakan lebih-lebih lagi untuk mengisi air
panas, lapisan polimer pada botol tersebut akan bocor dan mengeluarkan
karsinogenik iaitu antara pencetus kanser.
Semasa plastik jenis ini dihasilkan, antimoni trioksida yang boleh
mengundang bahaya kerana ia boleh memasuki tubuh melalui sistem
pernafasan. Sekiranya seseorang terdedah pada bahan ini dalam jangka
masa yang lama, iritasi pada kulit dan saluran pernafasan akan berlaku.
Bagi wanita pula, ia boleh meningkatkan masalah haid, keguguran kandungan dan berkemungkinan anak yang dilahirkan mengalami pertumbuhan yang lambat sehingga usianya menjangkau 12 bulan.
Kod No. 2 – High Density Polyethylene (HDPE)
Lazimnya kita menjumpai simbol ini pada botol susu dan bekas makanan.
HDPE merupakan salah satu bahan plastik yang selamat digunakan kerana
kemampuannya mencegah tindak balas kimia antara kemasan plastiknya
dengan minuman atau makanan yang diisi di dalamnya. HDPE memiliki sifat
bahan yang kuat, keras dan lebih tahan pada suhu yang tinggi. Seperti
juga PET, ia disarankan untuk sekali pakai kerana pembebasan antimoni trioksida akan meningkat dari masa ke semasa.
Kod No. 3 – Polyvinyl Choride (V atau PVC)
Ia adalah sejenis yang plastik yang paling sukar dikitar. Ia biasanya digunakan sebagai pembalut makanan (cling wrap) dan pada botol-botol
yang lain. Ia juga mengandungi DEHA yang berupaya bertindak balas
dengan makanan yang dibalut dengan plastik ini apabila ia bersentuhan
secara terus. DEHA mencair pada suhu -15 darjah. Apabila berlaku tindak
balas antara PVC dengan makanan yang dibalut dengannya boleh mengundang bahaya kepada ginjal, hati dan berat badan.
Kod No. 4 – Low Density Polyethylene (LDPE)
Sejenis plastik berwarna coklat yang dihasilkan daripada minyak bumi (thermoplastic). Ia dipakai sebagai bekas makanan atau botol-botol yang kemek. Ia bersifat kuat, tembus cahaya, fleksibel dan permukaannya agak berminyak.
Ia sangat tahan di bawah suhu 60 darjah selsius kepada tindak balas
kimia dan mempunyai daya perlindungan yang baik terhadap wap air tetapi
kurang elok bagi gas-gas lain seperti oksigen. Ia masih boleh dikitar semula tetapi sukar untuk dilupuskan.
Kod No. 5 – Polypropylene (PP)
Ia merupakan pilihan yang terbaik untuk bahan plastik terutamanya sebagai tempat menyimpan makanan, minuman dan botol susu bayi.
Ia bersifat jernih, lebih kuat dan ringan dengan daya tembusan wap yang
rendah, tahan terhadap minyak, stabil pada suhu yang tinggi serta
berkilat. Boleh ditemui pada penutup botol, botol kicap dan juga pada bekas perubatan.
Kod no. 6 – Polystyrene (PS)
Kebiasaannya digunakan sebagai bekas makanan styrofoam dan cawan atau gelas minuman pakai buang. Ia juga merupakan polimer aromatik yang boleh mengeluarkan styrene pada makanan sekiranya ia bersentuhan. Styrene ini juga boleh ditemui pada asap rokok, kenderaan atau kilang. Plastik PS ini seharusnya dielakkan kerana ia berbahaya pada otak,
berpotensi mengganggu hormon estrogen wanita yang mengakibatkan masalah
kepada sistem peranakan, pertumbuhan dan sistem saraf. Ia juga susah dikitar semula malah memerlukan masa yang lama untuk memprosesnya.
Kod No. 7 – Other : SAN (Styrene acrylonitrile), ABS (Acrylonitrile butadiene styrene), PC (polycarbonate)
Ia boleh ditemui pada bekas makanan dan minuman, komputer dan alat elektronik.
PC biasanya digunakan untuk botol susu bayi, sippy cup, botol minuman
dan tin susu formula. Bahan ini boleh memindahkan Bisphenol-A. Jika suhu
meningkat ekoran pemanasan kepada makanan dan minuman yang berpotensi merosakkan hormon, kromosom pada ovari, penurunan penghasilan sperma serta mengubah fungsi imunisasi.
SAN dan ABS pula memiliki daya tahan yang tinggi terhadap tindak balas
kimia dan suhu, kekuatan, kekakuan dan pertambahan tingkat kekerasan. SAN biasa terdapat pada mangkuk adunan (mixer), balutan termos, piring, alatan makanan, penapis minuman dan berus gigi manakala ABS pula digunakan pada barang mainan dan paip. SAN dan ABS merupakan bahan plastik yang sangat baik digunakan.
Kesimpulan
Setelah kita
mengetahui tentang kesan dan bahaya penggunaan jenis-jenis bahan
plastik seperti yang telah diperbincangkan. Saya menyeru dan menyarankan
agar kita bersama-sama berganding bahu untuk mengambil tindakan SEGERA supaya mengelak dari berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini kepada keluarga dan sanak saudara. INGAT! pastikan bahan-bahan plastik berkod 1 hanya digunakan sekali sahaja. Manakala bahan plastik berkod 5, jangan digunakan dalam tempoh yang terlalu lama. Tetapi PERINGATAN yang paling PENTING ialah JANGAN MENGGUNAKAN LANGSUNG bahan plastik berkod 3,6 dan 7.
Alternatif terbaik dalam mengelak penggunaan bahan-bahan ini ialah
menggantikannya dengan bekas yang diperbuat dari seramik atau kaca yang
dijamin selamat.
Untuk
mendapatkan gambaran yang jelas berkaitan keburukan dan kesan bahan
plastik ini kepada manusia, sila tontoni klip video yang dimuatkan di
bawah ini.
BERITA
ARKIB : 12/05/2009
WANITA memang terdedah dengan pelbagai penyakit, hinggakan jika meminum air dari botol plastik sekalipun boleh menjadi punca kanser payu dara.
Kenyataan ini bukan sengaja diada-adakan tetapi hakikat yang diakui oleh selebriti antarabangsa, Sheryl Crow. Dia mengakui salah satu punca dia mengalami kanser payu dara ialah tabiatnya meminum air mineral yang diletakkan di dalam keretanya. Crow mengatakan demikian ketika tampil dalam satu rancangan bual bicara, Ellen Show tidak lama dahulu.
Pakar perubatan juga bersepakat menyatakan bahawa hawa panas yang memanaskan bahan plastik di dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang dapat menyebabkan kanser payu dara.
Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Profesor Madya Rahmat Awang dari Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia tidak lama dahulu mendapati bahan kimia yang terdapat dari plastik mempunyai kemudaratan.
Beliau berkata, ramai tidak menyedari bahaya plastik serta komponen-komponen kimia yang terkandung di dalamnya.
Walaupun banyak maklumat disebarkan oleh pihak berwajib mengenai kesan kimia yang hadir akibat tindak balas makanan di dalam bahan pembungkusan namun penggunaannya masih berleluasa.
Kebenaran itu memang tidak boleh disangkal, malah penulis juga seringkali membeli makanan di dalam bungkusan plastik. Malah untuk menyimpan makanan di dalam peti sejuk atau bekalan pasti bekas plastik menjadi pilihan.
Sebenarnya banyak alternatif yang boleh kita gunakan selain penggunaan botol atau bekas plastik biasa untuk tujuan menyimpan makanan atau minuman.
Kini telah banyak inovasi plastik. Cuma pengguna perlu bijak memilih bekas yang boleh menghindarkan perkara itu daripada berlaku.
Di atas kesedaran bahawa bekas plastik membahayakan kesihatan, pemilik premis jualan Tupperware, Sahliah Kasmani mengambil inisiatif mengadakan ceramah mengenai bahaya plastik.
"Plastik seperti yang umum ketahui diperbuat daripada pelbagai bahan kimia. Jika kita meletakkan makanan di dalam bekas plastik ini secara tidak langsung akan memberi mudarat apabila dimakan makanan tersebut.
"Bagaimanapun, kesan agak berlainan sekiranya pengguna menggunakan produk keluaran Tupperware.
"Ini kerana Tupperware diperbuat daripada bahan berkualiti yang tidak mengandung racun. Ia selamat digunakan sebagai bekas untuk menyediakan, menghidang dan menyimpan makanan.
"Ia juga memang dikenali sebagai tempat menyimpan makanan untuk tahan lebih lama," ujarnya ketika ditemui dalam majlis pelancaran premis jualan Tupperware di Aman Suria, Kelana Jaya, baru-baru ini.
Sementara itu, pengurus komunikasi pemasaran Tupperware Brands Malaysia, Wong Ee Ling berkata, manusia dan penggunaan plastik memang tidak dapat dipisahkan.
"Sebagai pengguna, kita perlu mengenalpasti tentang jenis plastik yang kita gunakan. Jika arahan kepada plastik tersebut hanya untuk digunakan sekali, maka janganlah kita menggunakannya berkali-kali. Sebab apabila kita tidak mematuhi arahan, sudah tentu ia akan mendatangkan mudarat kepada diri," ujar beliau ketika dihubungi baru-baru ini.
Mengambil contoh bekas minuman, Ee Ling memberitahu, bekas air Tupperware memang telah disahkan oleh badan kesihatan sedunia boleh digunakan berkali-kali, tidak kira dalam suhu panas atau sejuk.
"Walaupun begitu, tidak semua produk Tupperware boleh digunakan dalam ketuhar gelombang. Ini kerana ada bahan kimia yang tidak sesuai dikeluarkan dari bekas yang melalui proses pemanasan gelombang. Untuk penggunaan bekas plastik dalam ketuhar, disarankan menggunakan bekas yang dikhaskan untuk ketuhar gelombang sahaja.
"Terdapat juga pengeluar bekas plastik yang mendakwa bekas plastik mereka selamat, namun tidak sesuai digunakan digunakan di dalam ketuhar, oleh itu pengguna harus berhati-hati dan mendapatkan ilmu serta informasi yang betul tentang penggunaan bekas plastik ini," ujarnya.
Pada majlis tersebut, Sahliah yang telah hampir 20 tahun melibatkan diri dalam perniagaan jualan langsung Tupperware turut mengalu-alukan individu yang ingin mendaftar menjadi ahli dan sekali gus menjadi pengedar.
"Inilah peluang keemasan bagi mereka yang ingin memasuki di alam perniagaan dan sesuai sekali untuk golongan yang telah diberhentikan kerja atau tiada pekerjaan,'' katanya yang mendapat sokongan penuh daripada suami, Abdul Wahid Manan.
Menurutnya, dengan hanya mendaftar sebanyak RM290, ahli akan mendapat kit produk dan boleh menganjurkan parti Tupperware di rumah dengan tunjuk ajar dari pengarah dan ketua organisasi teratas.
"Apa yang penting ialah minat dan semangat, kerana tidak mustahil bagi kita untuk memperolehi jualan sebanyak empat angka sebulan jika kita pandai membina rangkaian dan jualan," ujarnya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0512&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm#ixzz3E7VLms68
© Utusan Melayu (M) Bhd
Bahaya bekas plastik biasa
Oleh NOOR FAZRINA KAMAL

Subscribe to:
Posts (Atom)