Istilah BPA adalah Bisphenol A, bahan kimia yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar. Manakala Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi.
Ibu2 mest setiap hari membasuh botol susu ank dan rendam botol susu dan puting susu dengan air panas bertujuan untuk menghapuskan kuman kan....Bagi botol susu yang mengandungi BPA..botol tersebut tak boleh dipanaskan secara terus atau terkena air panas kerana bhn kimia tersebut akan bertindak balas....lagi teruk jika botol tersebut calar...
Apa kesan menggunakan botol susu BPA pada ank kita? Kalau nk diceritakan mmg byk kesan merbahaya kepada kesihatan..jom tengok senarai di bwh
Berikut adalah kesan buruk BPA:
- Mengganggu gugat perkembangan otak dan perubahan tingkah laku kepada janin dan bayi yang baru lahir
- Memberi kesan buruk kepada kelenjar prostat janin, bayi dan juga kanak-kanak
- Memberi kesan buruk kepada kelenjar susu janin, bayi dan kanak-kanak perempuan
- Masalah kegemukan atau obesiti
- Kecacatan pada bayi baru lahir
- Menambahkan risiko kematian bayi
- Pengurangan berat badan bayi dan kecacatan kepada keturunan seterusnya
Menambahkan risiko mendapat kanser dan sakit jantung - Beri kesan kepada kelenjar tiroid serta sistem reproduktif
Ibu2 juga mesti memberi perhatian pada label2 di bawah botolsusu sebelum membeli..
label 7 menunjukkan botol susu mengandungi BPA
No comments:
Post a Comment